salam
BLOG INI MERUPAKAN BLOG BARU DIBINA BERSAMA MAHASISWA UPSI DI PKG LANGGAR PADA 28.10.2011
BLOG INI ADALAH ILMU BARU YANG KUPEROLEHI DARI SUBJEK TMK UPSI
Tetamuku
Harian Metro: Mutakhir
Friday, 4 November 2011
Fadhilat dan Kelebihan Melaksanakan Ibadah Qurban
Fadhilat dan Kelebihan Melaksanakan Ibadah Qurban
1. Keampunan
Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.
‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.” (Hadis riwayat al-Hakim)
2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan.
Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
3. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala.
‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)
4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.” (al-Hajj : 36-37)
Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)( Sumber: http://qurban-aqiqah.jim.org.my/blog )
Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.
‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.” (Hadis riwayat al-Hakim)
Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)
Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.
SIFAT DAN PERIBADI RASULULLAH SAW
SIFAT DAN PERIBADI RASULULLAH SAW
Adalah Rasulullah SAW merupakan seorang yang banyak merendahkan diri dan berdoa ke hadhrat Allah SWT agar menganugerahkan baginda dengan kebaikan adab dan kemuliaan budi pekerti/akhlak.Antara doa baginda yang bermaksud :- ‘Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikkanlah kejadianku dan akhlakku.’ Maka Allah SWT menganugerahkan baginda Al –Qur’anul Kariem yang mengandungi pengajaran mengenai adab dan kesopanan.
Aisyah r.a. pernah menyamakan akhlak Rasulullah SAW dengan Al-Qur’an (Riwayat Muslim – Saad Hisham)
Mafhum Firman Allah SWT:- ‘Dan Engkau (Wahai Muhammad) sesungguhnya mempunyai akhlak yang tinggi’ (Surah Al-Qalam : 4)
Rasulullah SAW adalah manusia yang :-
• Paling penyabar, paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
• Tiada sekali-kali tangan baginda menyentuh tangan wanita yang tidak dimilikinya selaku sahaya atau ikatan perkahwinan atau wanita itu muhrimnya.
• Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait dan sahabatnya.
• Adalah baginda manusia yang pemurah hati, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya, makanannya hanyalah tamar dan syair. Selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah.
• Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
• Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang.
• Suka memperkenankan undangan sahaya dan orang merdeka.
• Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab dan membalas hadiah berkenaan
• Tidak memakan harta sedekah. • Tidak sombong.
• Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran.
• Tidak pernah meminta pertolongan orang musyrik.
• Suka berpuasa, mengikat batu pada perutnya apabila lapar
– jika makan tidak pernah kenyang.
• Paling beradab dalam makan antaranya ialah: makan tanpa bersandar dan tanpa meja • Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
• Tawaddhuk dan tenang . • Tidak terganggu dengan urusan dunia.
• Menyukai jubah bulu/syamlah. • Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
• Mengunjungi orang sakit • Berkenderaan keldai dan unta • Menyukai bau-bauan
• Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
• Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
• Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
• Ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur’an/Lughah Arab.
• Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk, memfitnah, mengumpat, menganiaya, hasad dengki, tamak haloba dll.
• Tidak memukul kecuali di atas jalan Allah SWT, tidak berdendam, tidak memutuskan silaturrahim.
• Paling kuat ibadatnya, paling berilmu/arif, paling banyak taubat dan syukurnya dll.
• Memuliakan tetamu dan jiran tetangga.
• Berkinayah/berdiam diri dengan tampak tanda tidak menggemari perkara yang tidak disukainya (perkara yang makruh contohnya) • Pembela wanita
• Suka menasihati.
Falsafah Pendidikan Islam
Falsafah Pendidikan Islam
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
BERZANJI
PENGGAL 11
1. Apakala Junjungan berusia tiga puluh tahun , kaum Quraisy membina semula Ka’abah yang rosak kerana banjir yang menimpa.
2. Mereka bersengketa , kerana semua pihak inginkan pihak mereka , yang memindahkan semula , Hajarul Aswad dari tempatnya yang sementara.
3. Hebat pertengkaran , hampir berbunuhan , bersengketa menyebut-nyebut darah dan bangsa.
4. Akhirnya mereka sedar, dan merasa patut menerima buah fikiran , dari orang yang bijak sana .
1. Ada seorang yang menentukan , siapa masuk dahulu ke Ka’abah , melalui BabuSsadanah , maka hendaklah dituruti apa yang Ia kata.
2. Tiba-tiba yang mula masuk , ialah Junjungan , masing-masing pun gembira , dan berkata”Muhammmad Aminn” orang yang kami kepadanya semua percaya .
3. Mereka kata , mereka rela Junjungan menjadi pengadil, menyelesaikan perselisihan besar, dalam ini perkara .
4. Junjungan lalu meletakan (Hajar Aswad) , diatas sehelai kain , dengan semua pihak , diminta , angkat serta .
1. Semua yang bertelingkah mengangkat batu itu kesuatu penjuru, yang memang tempatnya diketahui biasa.
2. Sebaik tiba ditempat yang asal , lalu Junjungan sendiri , dengan tangan Baginda yang Mulia meletakkan batu itu ditempatnya yang sediakala.
Harumkan Ya Allah , maqam Junjungan yang Mulia
Dengnan kata-kata ucapan selawat dan selamat sejahtera Friday, October 19, 2001 14:16:02
PENGGAL 12
1. Manakala Junjungan berusia empat puluh tahun menurut kata ahli-ahli sejarah yang mengetahui.
2. Baginda dilantik sebagai Rasul keseluruh alam membawa berita gembira dan ngeri.
3. Mula-mula Baginda didatangi mimpi yang benar, enam bulan masa diberi.
4. Tidak Junjungan bermimpi melainkan menjelma datang seperti suatu cahaya cemerlang pagi menyinari .
1. Mimpi dimulakan , adalah sebagai memberi latihan kekuatan kepada Nabi.
2. Supaya Baginda , tidak terkejut menerima kedatangan Jibrail sendiri.
3. Digemarkandia suka bersendiri , hingga keraplah Baginda ber’ibadah di Gunung Hira’, beberapa malam seorang diri .
4. Hal ini berjalan beberapa masa,hinggalah turun malaikat Jibrail menemui Baginda membawa Wahyu.
1. Tarikh berlaku ini, hari Isnin malam tujuh belas bulan Ramadhan , atau bulan Lailatul Qadar, yang juga nama di beri .
2. Ada juga ‘ulamak berkata ,dua puluh empat dan dua puluh tujuh ramadhan dan ada yang kata lapan Rabi’ul Awal tetapi yang Mahsyur ialah yang mula-mula tadi .
3. Datang Jibrail menyuruh baca , Junjungan enggan membaca lalu dipeluknya Baginda erat sekali .
4. Disuruh lagi Baginda membaca , Baginda tidak juga membaca maka Baginda dengan kuat dipeluk lagi .
Surah yang dibaca oleh Omar adalah Toha: ketika ia sedang ingin memarahi adiknya Fatimah ,hatinya lembut;Iman
1. Kali ketiga Jibrail menyuruh lagi membaca ,Junjungan enggan , lalu dipeluknya lagi supaya Baginda benar-benar sedia mengemaskan diri .
2. Juga supaya Junjungan dapat menerima Wahyu yangakan disampaikan kepada Baginda bersungguh-sungguh hati.
3. Selepas itu Wahyu terhenti tiga tahun lamanya ,atau tiga puluh bulan supaya Junjungan rindu kepadanya dan ternanti-nanti.
4. Kemudiannya barulah turun ayat “ “
Berikutnya turun lagi ayat bertubi-tubi.
1. Adalah Baginda dengan turunnya ayat “Iqra’” menjadi Nabi.
2. Dan kemudian Baginda mula bekerja memberi khabaran gembira dan menyampaikan khabaran Ngeri.
Harumkan Ya Allah , maqam Junjungan yang Mulia
Dengnan kata-kata ucapan selawat dan selamat sejahtera
Friday, Oktober 19, 2001
14:47:55
PENGGAL 13
1. Orang pertama , percaya Baginda, teman Baginda, yang sama bersembunyi di Gua Shur bernama Bakar iaitu pihak lelaki .
2. Pihak kanak-kanak Syaidina Ali, pihak wanita Siti Khadijah , yang meniup semangat , supaya Baginda bertabah hati .
3. Bekas hamba , iaitu Zaid , hamba pula ialah Bilal yang pernah diseksa oleh tuannya Umaiyah , dengan diseksa yang dahsyat ngeri.
4. Sedang Bilal diseksa , Abu Bakar ada terlihat, lalu ia membeli Bilal , dan dimerdekakan sekali.
1. Berikutnya ialah “uthman , Sa’ad, Sa’id, Thoalhah, ‘Abdul Rahman bi ‘Auf dan Zubir anak ibu saudara Nabi.
2. Menegekori mereka , beberapa yangn lain, nathijah seruan Syaidina Abu Bakar , dengan cara yang lembut sekali.
3. Masa itu , Junjungan dan Sahabat, menyeru dan ber’ibadah denngan bersembunyi .
4. Hinggalah turun ayat “ “ , yang menyuruh berterang, barulah Baginda bertindak , tidak bersembunyi lagi .
1. masa itu , kaum bangsa Baginda , masih rapat, hinggalah Junjungan mencela sembahan berhala , dan mengajak mereka menyembah Ilahi .
2. Mereka pun , bersikap menentang, melakukan permusuhan , tidak tabik kecuali .
3. Hebat benar derita , ditanggung oleh pihak Muslimin, maka pada tahun ke lima(Tahun ke 5), mereka berpindah ke negeri Habsyah .
4. Junjungan tidak berpindah , dan baginda dibela oleh bapa saudara Baginda Abu Talib,yang orang-orang Mekah memang segandia dan menghormati .
1. Kepada Junjungan , Allah fardukan sembahyang beberapa jam di malam hari.
2. Kemudian , sembahyanng itu dimansukhkan , lalu diturunkan ayat , yang ertinya Bacalah kamu seberapa yang mudah ,daripada ayat-ayat Quran , dan lakukan sembahyang sendirian .
3. Sembahyang yang baharu itu , ialah dua raka’at sebelah petang, dan dua raka’at pula sebelah pagi.
4. Sembahyang ini pun , kemudiannya dimansukhkan , sebaik saja di malam Mi’raj perintah sembahyang fardu yang lima diberi.
1. Dipertengahan Bulan Syawal, tahun ke 10 ,Abu Talib meninggal dunia , menyebabkan kaum muslimin yang ada tertindas sekali lagi.
2. Tiga hari(3 hari) berikutnya, kaum Muslimin bertambah derita , kerana Siti Khadijah pula , dipanggil ke hadhrat Ilahi.
3. Kepada Junjungan , kaum Quraisy, melakukan pelbagai angkara , yang menyakiti.
4. Lalu Junjungan pergi ke Taif , menyeru Kaum Saqif beriman kepada Allah, dengan harapan semoga seruan itu diterima ,tetapi rupa-rupanya tiada diantara mereka ,yang ambil peduli.
1. Sebaliknya mereka,bersorak mengejek ,melalui si bodoh dan hamba sahaya , dengan cerca dan maki .
2. Bercampur pula , dengan lempar melempar batu, hingga berlumuran darah , kasut-kasut Junjungan yang ada dikaki.
3. Akhirnya , pulanglah Junjungan Ke Mekah hampa, lalu Baginda di datangi Malaikat, yang menjaga Gunung – ganang, mohon izin menghancurkan kaum itu , semua sekali .
4. Junjungan berkata “ JANGAN”, saya mengharapkan keturunan mereka ,akan beriman dan berbudi.
Harumkan Ya Allah , maqam Junjungan yang Mulia
Dengnan kata-kata ucapan selawat dan selamat sejahtera
Saturday, October 20, 2001(3 Sya’ban 1422)13:04:21
PENGGAL 14
1. Pada malam 27 Rejab , Tahun ke 9 , menjadi Rasul, diIsrakkan Junjungan ,dari Masjidil Haram Mekah , ke Masjidil Aqsho , dengan jasad dan rohnya, dalam keadaan sedar dan jaga .
2. Dari Masjid Aqsho , Baginda diangkat kelangit , di mana Baginda bertemu Nabi Allah Adam dilangit pertama,yang di dalam keadaan tenang tabah dan hebat gaya .
3. Di lagit ke dua , Junjungan bertemu Nabi Allah ‘Isa anak mariam yang suci dara .
4. Bertemu juga di situ , saudara sepupu ‘Isa ,bernama Yahya ,Nabi yang telah dikurniakan “ILMU PENGETAHUAN” sewaktu kecil dalam umurnya masuk tahun ke tiga .
1. Dilangit ketiga (langit ke 3),Junjungan melihat Nabi Allah Yusuf, yang cantik jelita.
2. Dilangit ke empat(Langit ke 4) Junjungan melihat Nabi Idris ,yang ditinggikan kedudukannya , tanda mulia .
3. Nabi Allah Harun , yang dicintai , oleh kalangan Bani Israel itu , Junjungan melihat dilangit ke lima.(Langit ke 5)
4. Dilangit ke enam (Langit ke 6),Junjungan bertemu Kalimul Allah( ) iaitu Nabi Allah Musa.
1. Dilangit ke tujuh(Langit ke 7),Junjungan bertemu Nabi Ibrahim, yang sentiasa dengan Allah, bersih hati dan baik sangka .
2. Ia diselamatkan Allah ,dari angkara Raja Namruz dengan menyejukan untuknya kepanasan api dan bara.
3. Selepas itu , Junjungan diangkat ke SIDRATUL MUNTAHA” hingga dapat mendengar suara QALAM yang menulis QADA’ QADAR yang kepada makhluk bakal tiba .
4. Kemudian baginda diangkatkan lagi, hingga ke maqam Mukafahah,- martabat paling dampingn terbuka Hijab, hingga barang apa yang dipohon oleh Junjungan ,diqabulkan segala .
1. Allah mengangkatkan tabir-tabir yang menghalang Baginda , daripada nampakan TUHAN , yang maha Esa .
2. Llau nampaklah Junjungan , dengan dua biji mata Baginda akan Tuhannya ,dengan kebesaran dan kemuliaan , yang tiada bandingan , dan rupa .
3. Allah Limpahkan ,di dalam hati Junjungan , perasaan manja kepadanya ,dan dibenar meminta apa saja.
4. Allah mewajibkan ke atas Junjungan , dan Umatnya sembahyang, sehari semalam 50 masa.
1. Kemudian dengan limpah kemurahan Allah,Ia mengurangkan bilangan itu , dengan hanya ,sehari semalam lima kali sahaja.
2. Lima kali itu menyamai , pahala sembahyang yang lima puluh , ketentuan Azali itu juga .
3. Selepas itu ,pulanglah junjungan Ke Mekah ,dengan peristiwa Israknya itu , oleh Abu Bakar dan orang-orang Bijak sepertinya ,terus percaya .
4. Tetapi kaum Quraisy mendustakannya , malah muslimin sendiri Murtad dengan sebabnya , oleh Syaitan ia terpedaya .
Harumkan Ya Allah , maqam Junjungan yang Mulia
Dengnan kata-kata ucapan selawat dan selamat sejahtera
Saturday, October 20, 2001(3 Sya’ban 1422)
13:34:34
PENGGAL 15
1. Dalam musim-nusim haji , maka datanglah kabilah-kabilah arab , ke ka’abah , lalu Junjungan menerangkan , kepada mereka bahawa Baginda utusan Ilahi.
2. Ikut beriman dengan baginda , seramai enam orang , daripada kaum Ansar, ketentuan Allah untuk mereka memeluk Agama yang diredhai .
3. Pada musim haji tahun berikutnya , datang 12(dua belas) orang dari Madinah, dan mereka membuat ikatan janji setia , dengan Junjungan Nabi .
4. Selesai segala-galanya , mereka pun pulang , maka tersiar Islam di madinah , hingga jadilah Madinah , tempat perlindungan Junjungan , yang menyenangkan hati.
1. Pada musim haji tahun ke 3 selepas itu , datang lebih kurang 70 orang dari puak Aus dan Khazraj yang dikenali .
2. Mereka juga membuat janji setia , dengan Junjungan ,lalu Junjungan melantik 12 orang dari kalangan mereka , sebagai ketua dihormati.
3. Manakala bertambah hangat , rasa permusuhan kaum menyinari Mekah , maka beberapa orang Muslimin , mula berpindah ke Madinah negeri yang Mulia .
4. Berpisahlah mereka , dengan tanah air mereka ,berputus arang dengan kekufuran , kerana ingin merubah rahmah, keredhaan Allah yang sedia terjanji.
1. Perpindahan kaum muslimin itu , membimbangkan hati kaumquraisy, mereka takutkan suatu peristiwa ,luar dugaan ,akan terjadi.
2. Lalu mereka bermesyuarat sewilayah , yang keputusan nya , Junjungan mesti dibunuh, tetapi dengan pemeliharaan Allah , tipu ……. Kaum quraisy , tak jadi sama sekali .
3. Diizinkan Junjungan , berHIJRAH dalam keadaan gerakan perpindahan Junjungan itu ,diintip oleh puak musyrikin , kerana mereka hendak membunuh Nabi .
4. Tetapi Junjungan dapat keluar , sebaliknya Junjungan menaruh pasir ,atas kepada mereka , dengan begitupun,mereka tidak menyedari.
1. Menujulah Junjungan ke Gua Shur , bersama-sama Sahabat Baginda , Abu Bakar iaitu rakan Baginda yang rapat sekali .
2. Burung –burung merpati , dan sarang-sarang lelabah, mengelirukan pendapat kaum musyrikin , hingga mereka memikirkan Junjungan tidak ada di gua itu , pada halnya Junjungan memang ada di situ ,selama tiga (3) hari .
3. Pada malam Isnin , dari gua Shur , Junjungan serta Sahabat Baginda Abu Bakar, keluar menunggang tunggangan kerana melepaskan diri .
4. Dalam perjalanan itu ,tiba-tiba , terserempak Junjungan , dengan orang upahan Quraisy bernama SURAQAH ,lalu Junjungan berdoa ,bagi keselamatan diri .
1. Dengan doa itu , tak semena-mena terjelus kaki kuda suraqah ke dalam tanah kering, yang keras membatu .
2. Kepada Junjungan Suraqah meminta damai, manakala Junjungan pula dengan rela hati , perkenan maka Suraqah pun tidak diganggu.
Harumkan Ya Allah , maqam Junjungan yang Mulia
Dengan kata-kata ucapan selawat dan selamat sejahtera
Saturday, October 20, 2001 bersamaan 3 Sya’ban 1422
23:42:39
PENGGAL 16
1. Dalam perjalanan Rasulullah menuju Madinah , Baginda melalui kampung “Qudaiyd” dan singgah dirumah Ummi Ma’bad,seorang perempuan , dari suku ‘Juzaa’ie”
2. Baginda ingin membeli bahan-bahan makanan , seperti daging dan susu , rupa-rupanya semua yang dihajatkan di situ tidak di dapati .
3. Ada tidaknya , baginda terpandang di rumah itu seekor kambing sakit , yang hendak makan pun , tak lalu lagi.
4. maka Junjungan meinta izin , untuk memerah susu dari kambing sakit itu , lalu diizinkan dengan kata-kata manalah ada susu, dari kambing yang sedang sakit begini .
1. Junjungan menggosok -gosok ambung susu, kambing
itu , sambil berdoa ke kadzrat Ilahi.
2. tiba-tiba ambung kambing itu penuh susu diperahnya , ramai dapat minum sepuas hati.
3. Junjungan memerah lagi ,kali ini untuk disimpan dalam bejana membuktikan itu Mukjizat yang kepadanya Allah kurniai.
4. Apakala balik suami Ummi ma’bad , dan melihat ada susu , ia tercenggang, hairan sekali .
1. Ia bertanya isyerinya “Dari mana dapat susu pada hal tiada kambing yang boleh diperah susunya di rumah kita ini”.
2. Isterinya menerangkan bahawa ada datang ke rumah kita seorang lelaki begian – begian bentuk badannya dan berperibadi .
3. Berkata suaminya , inilah dia pemuda Quraisy, maka ia pun bersumpah dengan nama-nama berhala yang ia ketahui.
4. Demi jika ia jumpa pemuda itu , pasti ia mengikuti Dia , dan beriman dengannya sepenuh-penuh hatinya .
1. Dalam perjalanan itu akhirnya Junjungan sampai ke Madinah , iaitu pada hari Isnin 12 Rabi’ul Awal dalam mana negeri Madinah , kelihatan berseri-seri.
2. Orang-orang Madinah keluar beramai-ramai ,mengalu-alukan Baginda, dan baginda berhenti di Qubak, di sana baginda membangunkan sebuah masijid iaitu masjid dalam Islam yang dibina pertama-tama kali.
Harumkan Ya Allah , maqam Junjungan yang Mulia
Dengan kata-kata ucapan selawat dan selamat sejahtera
Sunday, October 21, 2001 bersamaan 4 Sya’ban 1422
00:03:30
PENGGAL 17
1. Junjungan Rasulullah S.a.w. palinng sempurna bentuk rupa ,budi pekerti dan mempunyai sifat-sifat yang terpuji .
2. Badan sederhana tinggi , kulitnya putih kemerahan , luas mata , bercelak , lentik alisnya , serta lebih halus , bulu yang tumbuh di sini .
3. Jarang sedikit giginya , luas lebar mulutnya , luas dahi berbentu anak bulan , kelihatan cantik berseri.
4. Raut pipinya ,sederhana mencung hidungnya dalam bentuk yang menarik sekali .
1. Bidang di antara bahu dan tengkok Baginda 2 tapak, berangka kasar, besar tulang sendi, sedikit daging tumit ,tebal janggut, besar cantik kepada Baginda denngan rambut dibiarkan panjang , hingga kedua cuping telinga , menuruni.
2. Di antara dua belikatnya , termetri dengan “Khatamunnubuwah”( Nabi kesudahan ) yang disekelilingnya cahaya meliputi .
3. Peluh Baginda Putih Bersih laksana Mutiara, bau harum lebih dari kasturi .
4. Bila berjalan bongkok udang sedikit , kelihatan seolah-olah meperti keadaan orang yang sedang turun , daripada tempat yang tinggi.
1. Bila jun jungan berjabat tangan dengansesiapa , maka tangan orang yang dijabat itu , wangi , sepanjang hari.
2. Dan bila-bila juga Junjungan meletakkan tangan atas kepala seseorang budak , maka dapat diketahui, bahawa budak itu pernah di sentuh oleh Junjungan , kerana bau yang harum wangi.
3. Wajah Baginda laksanan bulan purnama, kelihatan sentiasa cantik , gemilang berseri .
4. Orang yang meriwayatkan rupa bentuk Junjungan pernah berkata , tak pernah akau lihat sesiapa bagiku sebelum atau sesudah ini ,ada orang yang kecantikannnya , dengan Junjungan dapat menyamai.
Harumkan Ya Allah , maqam Junjungan yang Mulia
Dengan kata-kata ucapan selawat dan selamat sejahtera
Sunday, October 21, 2001 bersamaan 4 Sya’ban 1422
00:17
PENGGAL 18
1. Junjungan terkenal bersifat pemalu, merendah diri , sanggup menjahit kasut-kasut koyaknya, menampal bajunya , memerah susu kambingnya, malah sanggup menguruskan hal-hal rumahtangganya, dan anak isterinya dengan elok dan rapi.
2. Baginda mencintai orang – orang fakir dan miskin , sepergaulan Baginda dengan mereka , menziarahi pesakit-pesakit dikalangan mereka , turut mengiringi jenazah-jenazah mereka , bahkan tidak pernah Baginda memandang hina , akan orang-orang yang susah walau Baginda sempit kehidupan yang menimpai .
3. Sebaliknya Junjungan , murah hati, memberi kemaafan ,tidak pernah Baginda menampakan tanda-tanda tak suka kepada sesiapa, malahan janda dan hamba-hamba pun Baginda temani .
4. Baginda tidak merasa gerun kepada Raja , kerana ALLAH Baginda Murka , dan kerana ALLAH pula Junjungan meredhai.
1. Cara Junjungan berjalan bersama-sama dengan Sahabatnya , Junjungan berjalan disebelah belakang dan pernah Junjungan bersabda”Disebalik belakang Ku hanya malaikat sahaja”.
2. Mengenai kenaikan , Junjungan pernah menunggang unta,kuda,kaldai yang setengah-tengahnya dihadiahkan kepada Junjungan oleh raja .
3. Setengah ketika , Junjungan menjerut perut Baginda berlapikkan batu , menahan lapar ,
sedangkan kalau Baginda mahukan mewah ,
kenyang , memang pun kepada Baginda ,
perbendaharaan kekayaan sentiasa terbuka .
4. Gunung dan Bukit ,pernah menawarkan diri menjadi emas untuk Baginda tetapi Baginda menolak, tawaran kekayaan , yang berupa harta benda.
1. Mengenai pergaulan , Junjungan jarang benar bercakap sesia dan bila Baginda berjumpa sesiapa , baginda yang mula memberi salam , sembahyang Jumaat Baginda panjangkan sedikit dan bila berkhutbah Baginda ringkaskan sahaja.
2. Orang-orang kenamaan dan mulia dimuliakan oleh Baginda dan bermesra serta pula Baginda bergurau , tetapi kata-kata gurau, tidak pernah bercampur dusta .
3. Hingga di sini terhentilah pena saya , dalam suatu perjalanan segera .Kepangkalan sebaran nyata .
4. Tibalah sudah seluruh karangan ini , ke Bumi rata dalam suatu lapangan penerangan Qalam bertinta .
Harumkan Ya Allah , maqam Junjungan yang Mulia
Dengan kata-kata ucapan selawat dan selamat sejahtera
Ahad, Oktober 21, 2001 bersamaan 4 Sya’ban 1422
20:59:18
DOA BERZANJI
PENGGAL 19
1. Ya Allah Wahai Tuhan Yang Maha Limpah Anugerah dan Kurnia.
2. Tuhan yang apabila hamba-hambanya menadah tangan berdo’a,sudah memada.
3. Tuhan Yang Maha Suci zat dan sifat-sifatnya lagi Maha Esa .
4. Tuhan yang tiada mengingin bagiNya dan tiada pula yang serupa .
1. Tuhan Yang Maha Tunggal , Kekal sedia dan tiada permulaan dan kesudahan .
2. Kepadanya saja ditumpukan segala pengharapan dan tiada yang lain lagi tempat pegangan .
3. Tuhan yang kepada kuatkuasaNya saja bersandar makhluk-makhluk sekelian.
4. Dan dengan limpah kelebihanNya pula Ia amemberi pertunjuk kepada sesiapa yang memohon pertunjukNya.
1. Kami mohon kepadaMu Ya ALLAH dengan berkat segala nur Mu yang Maha Suci .
2. Yang menghapuskan segala Syak dan Keraguan di hati.
3. Juga kami bermohon kepada Mu dengan berkat Kemulian Nabi.
4. Nabi yang lebih dahulu dijadikan tetapi dibangkitkan akhir sekali .
1. Demikian juga dengan berkat kemuliaan keluarga Baginda yang laksana bintang dilangit tinggi.
2. Atau laksana kapal penyelamat disamudera Ilahi.
3. Begitu juga dengan berkat kelebihan Sahabat Junjungan Baginda sendiri.
4. Sahabat-sahabat ,para pejuang yang menegakkan Agama ALLAH bermati-mati .
1. Juga dengan berkat sekalian pendokong syari’at yang yang memiliki pelbagai keutamaan dan keistemewaan bermutu tinggi.
2. Yang sememangnya telah dijanjikan ALLAH dengan pengurniaan Ni’mat dan kelebihan yang tiada terperi .
3. Kurniaan apalah kiranya kepada kami sekalian pertunjuk pada menggunakan segala tutur kata dan ‘amal kerja dengan bersih hati .
4. Selamat serta jayakan hajat yang baik dari segenap permohonan saudara-saudara kami yang hadir juga yang tidak hadir dimajlis ini.
1. Dan lagi Kami bermohon semoga Tuhan kami lepaskan kami tawananhawa nafsu dan daripada penyakit jiwa.
2. Tentukan supaya dapat kami mencapai segala cita-cita seperti yang kami sangka .
3. Tentukan supaya dapat kami mencapai segala cita-cita seperti yang kami sangka.
4. Tentukan supaya dapat kami mencapai segala cita-cita seperti yang kami sangka.
1. Elakkan kami daripada gelap hati dan juga daripada timpaan mala petaka .
2. Jangan apalah kiranya dijadikan kami daripada golongan manusia yang dapat ditawan oleh hawa nafsu semata-mata .
3. Kurniakan kami elok keyakinan laksana buah-buahan yang berguna sepanjang masa.
4. Hapuskan daripada kami segala jenis cacat dan dosa(Ulangkan tiga kali)
1. Selindungkan setiap orang daripada kami akan ke’aifannya ,kelemahannya , kejemuannya dan ke…………….. menghadapi kerja mulia.
2. Curahkan kedalam hati kami perasaan senang dan mudah saja melakukan sesuatu yang berat daripada kerja –kerja kebajikan dan pahala .
3. Limpahkan seluruh kurniaan Mu kepada sekalian jema’ah yang di sini ada berserta.
4. Kepada mereka , kurniaan rahmat dan keampunan , yang berkuasa tiada lain melainkan hanya diKau lah saja .
1. Ya ALLAH, sesungguhnynya diKAU ada berjanji menyediakan kepada tiap-tiap yang berdo’a kepada Mu akan suatu martabat Khas, kelebihan istimewa.
2. Tiap-tiap yang berharap kepadaMu itu dalam keadaan sentiasa menunggu mengharapkan kurnia .
3. Maka sesungguhnya disinilah kami bermohon akan limpah kemurahan Mu yang sempurna .
4. Tentukan “akan tetap berjaya “ apa-apa yang kami harapkan semua .(3 kali ulangan )
1. Ya ALLAH, elakkan kejadian huru hara , perbaikan
lagi perjalanan pihak yang memerintah dan juga
ra’yat jelata .
2. Besarkan ganjaran pahala kepada pihak-pihak yang menganjurkan perjumpaan ini (hari ini / malam ini) ,semoga berbahagialah Dia .
3. Jadikan negara ini dan negara-negara Islam seluruhnya berkeadaan aman damai serta makmur bahagia.
4. Cucurkanlah hujan rahmat mengalir kepada kami , meliputi dan merata .
1. Ampunkan Ya ALLAH pengarang kitab ini yang telah
menjalin kisah mulid annabi dalam suatu jalinan
indah cipta.
2. Namanya Ja’far dari kampung “BERZANJA” lalu dikenali
dengan gelaran BERZANJI saja.
3. Tentukan baginya kemenangan , hajat jaya –sampai
cita-cita.
4. Setempatkan martabat pengarang ini dengan golongan hamba-hamba yang damping dengan MU di dalam Syurga .
1. Selindungkan cacat celanya , kelemahan dan kecuaian nya dan juga kelainannya dalam mencatitkan sesuatu yang lebih patut dan sayugia .
2. Demikian pula atas jurutulisnya , para pendengar dan juga para pembaca.
3. Kurniakan sebanyak-banyak rahmat dan sejahtera atas Junjungan kami Rasul pertama menerima “Tajalli” ( Nyata yang ghaib) dari kalangan jenis manusia .
4. Juga di atas kaum keluarga ,para sahabat, para pembantu dan zuriat dibelakang mereka .
1. Iaitu selama telinga masih dapat menangkap pendengaran mendengar kisah indah sejarah Junjungan yang laksana intan permata .
2. Dan juga selama didapati majlis berhias dengan keramaian berseri bertatah dukuh permata bernilai dari kisah sejarah junjungan Yang Mulia.
Disalin semula ke tulisan rumi daripada kitab Berzanji
‘arab – Melayu (jawi) yang disusun dan diterjemah oleh :
Haji Jamaluddin Hashim
Imam Besar Masjid Abu Bakar
Johor Bahru,12 Rabi’ul Awal 1391 H
Diterbitkan oleh:
Penerbitan Jabatan Agama Johor.
Ikhlas daripada :
HAMDILWIRA B MAT SAAD
SJK© FOON YEW 1,JALAN KEBUN THE , JOHOR BAHRU,JOHOR.
KG. TELOK BAGAN , 05400 ALOR SETAR, KEDAH
CENDERAHATI /BUAH TANGAN Kenanganku di Darul Ta’zim
Subscribe to:
Posts (Atom)