salam

BLOG INI MERUPAKAN BLOG BARU DIBINA BERSAMA MAHASISWA UPSI DI PKG LANGGAR PADA 28.10.2011
BLOG INI ADALAH ILMU BARU YANG KUPEROLEHI DARI SUBJEK TMK UPSI

Harian Metro: Mutakhir

Friday, 4 November 2011

BERZANJI

PENGGAL 1


  1. Ku mulakan karangan ini , dengan nama ALLAH Tuhan  Ilahi.
  2. Ku mohon limpahan berkat , atas segala ni’mat yang telah diberi.
  3. Ku ucapkan pujian kepada ALLAH  sebenar-benar puji.
  4. Ku iringkan pujian dengan kesyukuran , yang amat Tinggi .

1.     Ku pohonkan semoga ALLAH  cucurkan rahmat , dan
   selamat kepada junjungan , yang Nurnya mula-mula
   dijadikan ALLAH di ‘alam nyata .
2.     Nur yang berpindah dari keturunan , demi keturunan ,
   yang kesemuanya  keturunan mulia .
3.     Ku pohonkan semoga  ALLAH  , kurniakan keredhaan , khasnya kepada seluruh keluarga Baginda.
4.     “Amnya , kepada sekelian Sahabat , Pengikut –pengikut Sahabat , dan orang-orang terkemudian  dari masa ke semasa.

  1. Ku pohonkan kurniaan hidayah , menuju  jalan yang terang nyata .
  2. Juga  menuntut  elakkan daripada  langkah-langkah yang sesat melata .
  3. Ku siarkan seluruh  kisah  Junjungan dalam gubahan yang indah  cipta .
  4. Gubahan dari nasib yang mulia yang menyedapkan pendengaran sesiapa juga .



1.   Ku pohonkan pertolongan  ALLAH  , Tuhan yang gagah perkasa.
2.   Sesungguhnya  tiada daya , dan tiada upaya , melainkan dengan pertolongan ALLAH yang Maha Kuasa .

Harumkan Ya Allah , Maqam Junjungan yang Mulia
Dengan kata-kata ucapan selawat dan selamat sejahtera .
Isnin , Oktober 08, 2001

20 Rejab 1422

 PENGGAL  2


  1. Ku katakan bahawa  Nur yang tersebut tadi , ialah nur penghulu kita Nabi MUHAMMAD , anak Abdullah anak “Abdul Muttalib  yang juga bergelar Syaibatul hamdii
   (        )
  1. ‘Abdul Muttalib  anak Hashim yang juga bergelar  ‘Umar anak Abdul Manaf,yang juga Mughirah nama dikenali .
  2. Abdul Manaf anak Qushoyi(        ) yang juga  bernama  “Mujammi’(           ) “, dinamakan  Qushoyi yang bererti Jauh itu , kerana Qushoyi pernah  dibawa  merantau jauh dari Mekah , iaitu “Qhudhoa’ah”(                 
   nama negeri .
  1. Tetapi dengan kehendak ALLAH , ia balik semula , dan menjaga negeri asalnya  Mekah negeri yang dihormati.

  1. Qushoyi  itu anak  Kilaab(         ), yang juga  bernama Hakiim(       ), anak Murrah(        ) anak Ka’ab(       ) anak Luuai(        ) anak Qhalib(     , anak   Fihir(      ) , yang juga dipanggil Quraisy  yang kemudian  Quraisy itulah , gelaran tetap bagi puak-puak yang mahsyur  ini .
  2. Puak Quraisy sebelum ini, dipanggil “Kinaani”,
(         ) begitulah kecenderung pendapat,pakar-pakar penyelidik keturunan nabi .
  1. Fihir itu anak Malik(     ) , anak Nudhoar(      ), anak Kinaanah(         ), anak Quzaimah(        ) , anak Mudrikah(       ), anak Iliyas(       ), iaitu orang pertama menyembelih Qurban tertentu di Tanah Suci.
  2. Pernah terdengar dari tulang Sulbi Iliyas ,Junjungan berzikir dan memuji Ilahi .

1.     Iliyas ialah anak Mudhoar(       ) anak Nizaar(      
   ,anak Ma’ad(     ) anak “adnan(      )  yang begitulah  
    salasilah, menurut  hadith  yang sampai  riwayatnya
    kepada Junjungan sendiri .
2.     Meneruskan rangkaian salasilah  junjungan , hingga  Nabi ALLAH Ibrahim , ada larangan Syar’ie..
3.     Bagaimana pun , rangkaian  nama satu persatu hingga “Adnan  adalah  benar-benar tidak ragu-ragu lagi.
4.     Dari ‘Adnan  hingga Nabi ALLAH Ismail , salasilah keturunan memang ia bertali.

1.      Sila hormati, rangkaian keturunan yang laksana Permata Intan Baiduri .
2.      Rangkaian di mana  Junjungan berada , ditengah –tengah bulatan Tokoh terpilih  bermutu Tinggi .
Suatu rangkaian keturunan , yang Kau kira tinggi berharga , dengan segala hiasan .Mengkalungkan Dia oleh bintang  “JAUZA’’ di angkasa akan rakan-rakan bintangnya .
Alangkah cantiknya ……… bertatah permata dengan  keagungnannya
Dikaulah Permata Tunggal yang tiada bandingannya .
3.      Sila muliakan titisan  keturunan yang suci dari perangai sumbang  perkelaminan  secara  orang bebal tak mengetahui .
4.      Ini telah dinyatakan dalam kitab “MAURID  karangan  Zainul’iraaqhi.



Memuliakan Muhammmad,Allah pelihara   * Keturunan baginda, Suci Mulia

Tidak tersentuh sumbang dan Cela                 *Sejak Adam ke Ayahbonda baginda.

1.            Pemimpin yang Mulia , berpindah –pindah dari  keturunan , demi keturunan  bergemilang cahaya .
2.            Akhirnya tiba , digarisan dahi nendanya , ‘Abdul Muttallib  dan ‘Abdullah bapa Baginda.
  
Harumkan Ya Allah , Maqam Junjungan yang Mulia
Dengan kata-kata ucapan selawat dan selamat sejahtera
10/10/2001 12:37 AM RABU
                                                      22 Rejab 1422

PENGGAL  3


1.            Apabila ALLAH hendak melahirkan Nur Muhammad ke ‘alam nyata .
2.            Bertubuh badan , bernyawa , berupa dan bersifat  dengan  sifat kebathinan yang  ada.
3.            Dipindahkan ke dalam Rahim  ibunya  Aminah  keturunan Mulia .
4.                Dan ditentunkan bahawa  Aminah itulah , Ibu kepada Baginda.

1.  Berita dismpaikan  ketujuh-tujuh lapis langit , 
         dan bumi , bahawa Aminah  mengandungkan Nur  
         Muhammad yang Mulia .
     2.  Setiap yang merestukan   kelahirannya , merasa
         nyaman  seperti udara  berhembus diembun pagi  
         menunggu datangnya sang suria .
3.  Kemarau hilang , dan bumi subur semula laksana
    memakai kain  “Sunduus”, menghijau rata .
   4. Buah-buahan menjadi ranum , menunggu petikan , tuan
      yang empunya.

1. Mergastua  qabilah Quraisy  dalam  hal ini
berbahasa ‘arab  fasih  bercerita .
     2.Singgahsana Istana , patung-patung berhala      
tersembam    duka .
     3.Timur dan Barat , ikan dilaut binatang di darat
sama gembira .
     4.‘Alam seluruhnya  Ria ,laksanan  peminum ,dapat ,
              dapat meneguk  minuman yang lazat cita .

    1. Jin –jin juga ,dapat berita  gembira , disamping ahli-ahli nujum , dan paderi , yang merasa kecewa.
    2. Heboh sekelian  yang mengetahui darihal  kelahiran  Junjungan – bercerita .
    3. Disuatu malam Aminah  bermimpi , dikatakan “Engkau wahai Aminah mengandungkan  bakal  penghulu ‘alam semesta .”
    4. Namakan wahai Aminah , bayi itu Muhammmad,ertinya terpuji ,kerana dia akan terpuji , dan dipuji dimerata –rata .

Harumkan Ya Allah , Maqam Junjungan yang Mulia
Dengan kata-kata ucapan selawat dan selamat sejahtera
10/9/2001 12:47 pagi Rabu
22 Rejab 1422

PENGGAL  4
1.      Genab dua bulan Nabi , dalam kandungan ibunya , menurut  ‘ulamak ampunya ceritanya .
2.      Ayahandanya  Abdullah wafat di Madinah  Negeri yang Mulia .
3.      Di masa itu ‘Abdullah  menziarah  ke sana , di tempat bapa saudaranya , golongan  Bani ‘adi, Kabilah  Najjar, terbangsa .
4.      Menginap di sana selama sebulan , sakitnya dirawat, tak berjaya , lalu wafatlah Ia.

1.    Seperti kandungan sembilan bulan , menurut  keterangan yang lebih kukuh  sandaran kata.
2.    Zaman gelap hampir benar menjadi cerah gilang  cuaca.
3.    Di malam saat kelahirannya , IBU BAGINDA  di datangi oleh Asiah dan Maryam , dalam  suatu kumpulan Bidadari Syurga .
4.    Sampai masanya , Aminah pun merasa sakit hendak bersalin, maka lahirlah Junjungan ,gemilang cahaya.
( Di sini  tempat berdiri berqasidah memuji Nabi , ……………………………………………………………………..kemudian duduk semula menyambung.
Muka bercahaya,laksana suria                            *    Menyinari malam , gilang gemilang
Malam keputeraan , Junjungan Mulia                 *    Lahir agama , yang benar terang
Waktu itu , Aminah Ibu                                      *    Anak Wahab keturunan bahagia
Megah bangga sepenuh qalbu                            *    Mencapai kurnia, tiada setara
Aminah, melahirkan seorang Perdana                *    Mengatasi siti , Mariam yang dara
Keputeraan anggapan si Kafir durjana                *   Bala’ menimpa menghancurkan mereka
Bertalu suara, bersorak ria                                  *   Suara “Ghaib, berbunyi Nyata
Muhammad lahir , ke ‘alam dunia                           *   Penghuni ‘alam bersuka cita.

1.Ada ulamak  berkata , elok benar berdiri , ketika qisah junjungan di baca .
2.Bertuah benar , orang –orang yang bertujuan , menghormati Junjungan , dan juga memuliakan Baginda.

Harumkan Ya Allah Maqam , Junjungan yang Mulia
Dengan kata-kata ucapan selawat dan salam sejahtera.
Isnin, Oktober 15, 2001  23:59:24 malam























PENGGAL  5

1.       Lahirlah sudah , Junjungan ke dunia , tapak tangannya  melekap ke bumi , kepala mendongak ke arah langit tinggi.
2.       Itu  menunjukkan keagungan dan  tinggi peribadi.
3.       Juga isyarat, atas keluhuran martabat mengatasi semua kejadian .
4.       Juga menunjukkan bahawa Dia kekasih ALLAH, elok kelakuan dan budi pekerti .

1.                     Bondanya  memanggil nenda Junjungan – ‘Abdul Mutallib- yang sedang tawaf di Ka’bah Ilahi .
2.                     Dengan segera pulanglah Ia, melihat sendiri cucunya Muhammad, dengan penuh rasa kegembiraan hati
3.                     Lalu Ia , membawanya ke Ka’bah dan berdo’a, dengan hati yang suci .
4.                     Ia bersyukur , kepada ALLAH , mendapat limpahan yang tidak terperi .

1.                         Dan lahir Junjungan sedia bersih, sudah  berkhatan , sudah  tanggal pusat dengan kuasa Ilahi .
2.                         Semerbak harum , berminyak , serta bercelak kedua-dua mata sekali .
3.                         Ada ‘ulamak berkata , ‘Abdul Mutallib mengkhatankan , selepas lahir Junjungan 7 hari .
4.                         Berpesta Dia , kenduri serta menamakan Junjungan dengan nama MUHAMMMAD yang ertinya  Lelaki Terpuji.
Harumkan Ya Allah , maqam Junjungan Yangn Mulia
Dengan kata-kata Ucapan selawat dan selamat sejahtera ., Oktober 18, 2001  / 16:14:50

PENGGAL  6

1.           Telah berlaku peristiwa yang luar biasa ketika kePuteraan Junjungan.
2.           Menguatkan tanda keNabian, memberitahu sekalian , bahawa Baginda manusia pilihan .
3.           Kawalan langit diperteguhkan , penjaga ditambah , serta  dihalau hantu dan syaitan .
4.           Mana-mana yang cuba ke langit , kepada mereka panah api dihujankan .

1.             Beberapa  bintang dilangit bagaikan turun mendekati Junjungan .
2.             Bersinar cahaya  di Tanah haram , di beberapa kawasan .
3.             Lahirlah bersama baginda suatu cahaya menerangi Mahligai Raja Qaisar negeri Syam berkilauan.
4.             Penduduk Mekah , dapat melihat cahaya itu secara terang.

1.                  Bergoncang Istana Raja Farsi dinegeri Mada’in yang tegap kukuh.
2.                  Istana binaan “Anu Syarwan” , yang begitu kuat  terus runtuh.
3.                  Menara pencakar langit, empat belas(14) buah melarah runtuh .
4.                  Kerajaan Kisra , terguling , terkejut , mengenai kejadian menimpa yang tidak tertangguh.



  1.    Api sembahan Raja-raja  Farsi, padam dengan
      sendiri.
  1.    Padam kerana kelahiran  cahaya purnama Junjungan  
      yang menyinari .
  1.    Ikut  terjadi, keringnya air Tasik bernama Saawah
     antara  Bandar  Hamazan  dan  Qum dinegeri ‘ajam
     yang dikenali .
  1.   Tasik itu , menjadi kering , kerana sumber mata air   
     yang  kuat pancutannya selama ini, terhenti sama 
     sekali .

1.         Sebaliknya lembah bernama Samaawah , yang kering kontang , melimpah pula  air di situ .
2.         Dulunya dicari air  untuk di minum menghilangkan dahaga pun  tak akan bertemu.
3.         Kelahiran Junjungan ditempat terkenal di Mekah negeri pasir  berdebu.
4.         Negeri di larang, mencabut tumbuhan , dan memotong pohon-pohon kayu .

1.            Ada selisih pendapat tentang tahun , bulan dan hari lahir Junjungan , dikalangan ‘Ulamak dan Pendita.
2.            Yang Rajihnya , sebelum Fajar Hari isnin, dua belas(12) Rabi’ul Awal , tahun  Mekah diserang tentera bergajah  yang tak jadi .

Harumkan Ya Allah , maqam Junjungan Yang Mulia ,
Dengan kata-kata ucapan selawat dan selamat sejahtera.
Thursday, October 18, 2001 16:37:54



PENGGAL  7

1.          Di susukan Junjungan  beberapa hari oleh Bonda ,kemudian  Suwaibatul Aslamiiyah pula ,menyusukan .
2.          Suwaibah asalnya Hamba kampungnya Abu  Lahab dimerdekakan kerana dia  segera memberitahu kelahiran Junjungan .
3.          Dia menyusukan Baginda bersama anaknya Masyruuh dan Abu Salamah yang menjadi buah hatinya  tetapi kepada Junjungan ada lebih kesayangan .
4.          Suwaibah juga dahulunya telah menyusukan  bapa saudara Baginda  bernama Hamzah yang dalam hal-hal agama ada banyak memberi sokongan .

1.                  Semasa Junjungan di Madinah , Karib Baginda- kepada Suwaibah mengirim belanja dan juga pakaian .
2.                  Kiriman  seperti itu , berlaku terus  menerus , hingga Suwaibah kembali mengadap Tuhan .
3.                  Ada orang mengatakan , Suwaibah meninggal dunia , belum beriman .
4.                  Yang lain , mengatakan Suwaibah  meninggal, sesudah beriman –pendapat-pendapat ini dibawa oleh Ibnu Mas’ud yang tinggi pengetahuan .

1.                            Kemudian wanita Muda “HALIMATUSSA’DIAH’ , turut menyusukan Junjungan .
2.                            Sebelum ini tiada siapa yang mahu mengupah menyusukan anak-anak kerana ia susah kehidupan .
3.                            Tetapi, selepas menyusukan Junjungan , hidupannya berubah  menjadi mewah, diluar dugaan .
4.                            Penuh ambung susu  Halimah, saudara  susuannya hisap yang kiri, manakala  Junjungan  pula menghisap yang kanan .

1.                                Dari miskin  derita , taraf hidup Halimah jadi  mewah dan kaya .
2.                                Seekor unta belaannya  jadi gemuk serta  kambing-kambingnya juga.
3.                                Dengan itu  hapuslah daripadanya segala kesusahan  dan derita .
4.                                Keadaan Halimah seterusnya , mewah rezeki,hidup senang ria dan gembira .

Harumkan Ya Allah , maqam Junjungan Yang Mulia ,
Dengan kata-kata ucapan selawat dan selamat sejahtera.
Thursday, October 18, 2001 / 16:59:13















PENGGAL  8


1.     Adalah kesuburan badan Junjungan , satu hari, menyamai kanak-kanak sebulan, dengan pertolongan Tuhan.
2.     Junjungan  berdiri dalam umur tiga bulan ,berjalan sendiri dalam umur lima bulan ,tegap serta fasih bercakap dalam umurnya  sembilan bulan .
3.     Dua malaikat datangi Junjungan ,melakukan pembedahan  dada, lalu seketul darah hitam,dikeluarkan .
4.     Juga membuangkan  dari dada Yang Mulia ,Habuan Syaitan dan dengan air salji dicucikan .

1.                Sebaliknya malaikat bertugas itu, memenuhkan dada Junjungan  dengan Hikmah dan Iman .
2.                Lepas itu , dicantumkan dada junjungan ,dan meterikan  dengan  “KHAATAMUNNUBUWAH” ertinya nabi kesudahan .
3.                Kemudian  ditimbang,didapati seribu ganda beratnya ,dari  umatnya ahli kebaktian.
4.                Memang sejak kecil lagi,Junjungan bersifat dengan sifat –sifat manusia yang kesempurnaan.

1.                        Akhirnya “Halimatussa’diah”  menyerahkan  balik  Junjungan kepada Ibunya , sekalipun , dilakukan , dengan hati keberatan .
2.                        Halimah bimbang, kalau-kalau sesuatu terjadi, atau sesuatu menimpa  atas diri Junjungan .
3.                        Ia kunjungi Baginda, selepas Baginda , dengan Khadijah  menempuh gering gerbang perkahwinan .
4.                        Kerab , Junjungan membukakan tangan “Pelbagai Benda Kepada Halimah” dikurniakan .
1.                           Pernah Halimah , mengadap Junjungan , dalam Tahun ke Lapan Hijrah-Tahun Perang Hunain- Baginda bagun memberi kehormatan .
2.                           Malah Junjungan sendiri,selendangnya untuk Halimah dihamparkan .
3.                           Qaul yang sohih, adalah Halimah serta suaminya , anak-anak dan cucu-cucunya ,telah Islam sekalian.
4.                           Sebahagian besar Ulamak  yang teguh pengetahuan , memasukkan halimah dan Suaminya ,dalam kumpulan Sahabat Junjungan .

Harumkan Ya Allah , maqam Junjungan Yang Mulia ,
Dengan kata-kata ucapan selawat dan selamat sejahtera

1 Sya’ban 1422

PENGGAL  9

1.             Apabila Junjungan berumur empat (4) tahun , ibunya membawa Baginda , ke Madinah ,negeri Junjungan .
2.             Dalam perjalanan pulang disuatu tempat bernama  “ABWAA’”    atau  “Syia’bil hajuun” ,ibunya  kembali kehadrat TUHAN.
3.             Maka junjungan  di bawa pulang ke Mekah ,di bawah Ummu Aiman punya asuhan .
4.             Di suatu masa ,”Ummu Aiman “ dikahwinkan oleh Junjunngan  dengan Zaid  bin Harithah seorang hamba yang Baginda bebaskan .

1.                 Ummu Aiman bawa  Junjungan , kepada ‘Abdul Mutallib , lalu ia memeluk cucundanya dengan penuh rasa  kasih dan cinta.
2.                 ‘Abdul Mutalib berkata “Cucucku Ini “ akan melahirkan peristiwa Besar beruntung benar bagi  yang menyokongnya dan membela.
3.                 Sejak kecil lagi , Junjungan  tak pernah  mengadu lapar dan dahaga .
4.                 Yang kerap dilakukannya  ialah  ke telaga Zam zam meminum airnya , itu sudah memada.

1.                              Lapan tahun umur Junjungan , wafat pula ‘Abdul Mutallib nenda Baginda.
2.                              Dipelihara pula akan junjungan oleh Abu Talib, ayahanda Junjungan punya saudara .
3.                              Bersungguh-sungguh benar ia menjaga  junjungan dan memelihara .
4.                              Malahan kalah, dia menjaga diri sendiri , dan anak-anaknya juga .
1.                              Takala umur Junjungan 12(dua belas) tahun  ke negeri Syam  oleh Abu Talib junjungan di bawa .
2.                              Dikenali Junjungnan oleh Paderi Nasrani “Buhaira’namanya , disebabkan  ia tahu tanda-tanda yang ada pada Baginda .
3.                              Paderi itu berkata “Aku yakin budak ini “ bakal jadi Rasul  pemimpin’alam  semesta.
4.                              Tandanya kayu dan batu hormat kepadanya – tidak berlaku ini hanya kepada Nabi-nabi sahaja.

1.                         Kata Paderi “Kami” dapati sifat-sifat nya ada di dalam kitab-kitab suci Ilahi .
2.                         Lagipun  ada meteri dibelikatnya “Khatamunnubuwah”
-sekelilingnya cahaya menyinarinya .
3.                         Paderi lalu menyuruh Abu talib , bawa Junjungan pulang sahaja ke Mekah , kerana  bimbangkan  angkara Yahudi.
4.                         Abu Talib pun pulang membawa Junjungan , sampai ke Busra sahaja., ke Syam  tak jadi .

Harumkan Ya Allah , maqam Junjungan Yang Mulia ,
Dengan kata-kata ucapan selawat dan selamat sejahtera
Friday, October 19, 2001
00:43:25
2 Sya’ban 1422







PENGGAL  10

1.        Takala Junjungan berusia dua puluh lima (25) tahun , berlayar lagi Baginda ke Busra , membawa dagangan Khadijah  wanita muda .
2.        Mengiringi Junjungan seorang suruhan , Maisarah namanya , untuk berkhidmat Khas kepada Yang Mulia .
3.        Dalam perjalanan itu dibawah sebatang pohon besar, berhampiran Gereja Paderi Nasrani bernama NATHURA, Junjungan  berhenti sementara .
4.        Di sini Paderi kenalkan Junjungan , sebab batang pohon itu  beralih memayungi Baginda .

1.              Paderi itu lebih jauh berkata ‘”Tiada siapa walau bila-bila juga akan singgah “ di situ melainkan Nabilah Ia.
2.              Atau Rasul yang Allah tentukan dia, beberapa  kelebihan yang nyata .
3.              Kepada Maisarah Paderi bertanya “Adakah pada Lelaki itu Merah bertanda di dalam Mata”.
4.              Maisarah menjawab”Ya-ada” kalau begitu benarlah Ia Rasul seperti yang di duga .

1.              Maisarah dinasihatkannya , supaya jangan berjauhan dari Junjungan , malah awak katanya hendaklah penuh azam dan jujur  dengan Dia .
2.              Kerana lelaki itu sebenarnya nabi Pilihan Allah dan TerMulia.
3.              Selesai segala , Junjungan berangkat pulang ke Mekah , sedang Khadijah  bersama beberapa wanita  lain , dari suatu tempat tinggi ,nampak junjungan dengan nyata .
4.              Dalam penglihatan Khadijah ,ada dua malaikat memayung Junjungan dari panahan  panas  cahaya pagi sang suria.

1.                 Maisarah bercerita segala yang dilihatnya  mengenai junjungan kepada Khadijah , serta memberitahu pesanan – pesanan Paderi Nasrani, yang telah ia jumpa .
2.                 Barang-barang dagangan , bila dikira maka didapati untungnya berlipat ganda .
3.                 Nyata kepada Khadijah,segala apa yang telah dilihat , dan dengar , bahawa Junjungan adalah Rasul Alam semesta .
4.                 Iapun melamar  Junjungan , untuk menyedut keharuman iman , seperti Dia .

1.                   Junjungan menceritakan hal Lamaran Khadijah kepada bapa saudara Baginda .
2.                   Mendengar ini mereka semua gembira  memandang taraf , agama ,rupa , harta dan Bangsa , yang kerana itu semua  ,jadi impian semua pihak , ingin berkahwin dengannya.
3.                   Abu Talib berKhutbah , dalam Khutbah ia memuji Junjungan , disamping memuji Allah dengan pujian  tertib kata .
4.                   Ujar Abu Talib demi Allah “Muhammad ini “ dibelakang hari , akan melahirkan berita agung, dalam mana ia akan di puji merata-rata .


1.               Selesai segala , maka Khadijah dikahwinkan dengan Junjungan , berwalikan bapa , ada yang berkata berwalikan bapa saudara , setengah  yang lain berkata , berwalikan saudara .
2.                    Natijah perkahwinan itu , Khadijah melahirkan  semua anak-anak junjungan , melainkan yang bernama Ibrahim , seorang itulah sahaja .


Harumkan Ya Allah , maqam Junjungan Yang Mulia ,
Dengan kata-kata ucapan selawat dan selamat sejahtera
Friday, October 19, 2001
01:11:25
2 Sya’ban 1422


No comments:

Post a Comment