salam
BLOG INI MERUPAKAN BLOG BARU DIBINA BERSAMA MAHASISWA UPSI DI PKG LANGGAR PADA 28.10.2011
BLOG INI ADALAH ILMU BARU YANG KUPEROLEHI DARI SUBJEK TMK UPSI
Tetamuku
Harian Metro: Mutakhir
Friday, 4 November 2011
Sikap Rasulullah s.a.w dan solafusoleh terhadap sembahyang
Sikap Rasulullah s.a.w dan solafusoleh terhadap sembahyang
· RASULULLAH S.A.W
Siti Aishah pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w apabila masuk waktu bersembahyang akan terus mengambil wuduk dan bersedia untuk bersembahyang.
Di waktu itu Rasulullah dikatakan seolah-olah tidak kenal langsung akan isteri-isterinya dan para sahabatnya .Ini disebabkan , baginda Rasulullah s.a.w sangat mencintai akan sembahyangnya .
· KHALIFAH OMAR AL KHATTAB
Di dalam kitab ‘Mukasyafatul Qulub’ karangan Imam Ghazali r.a menceritakan:
“Apabila Syaidina Omar Al Khattab hendak mendirikan sembahyang ,seluruh persendiannya menggigil dan giginya bertemu gigi.Apabila dia ditanyai oleh orang tentang keadaannya, maka dia menjawab: “ Telah datang waktu menyampaikan amanat dan mendatangi kewajiban ,sedangkan aku tidak tahu bagaimana aku akan menunaikannya”
· Para sahabat sering diibaratkan sebagai penggembala matahari , kerana mereka sentiasa melihat matahari untuk mengetahui masuk waktu sembahyang. Ini menunjukkan mereka amat menjagai sembahyang mereka .
· Solafusoleh( orang mukmin yang hidup di dalam lingkungan 3 kurun dari kurun Rasulullah s.a.w.)
· Khalifah Umar bin Abdul Aziz
Isterinya pernah berkata “Mungkin ada orang yang lebih mengutamakan mengenai wudhuk dan sembahyang,tetapi tidak pernah aku melihat seorang pun yang takut akan Allah lebih daripada suamiku.
Selepas sembahyang Isyak ,setiap hari dia akan duduk ditempat yangn dikhususkan untuk bersembahyang .Dia akan berdoa dengan mengangkat tangannya serta menangis dihadapan Allah sehingga dia mengantuk .Apabila dia tersedar di tengah malam dia akan mulai bersembahyang lagi serta menangis dihadapan Allah SWT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment