salam
BLOG INI MERUPAKAN BLOG BARU DIBINA BERSAMA MAHASISWA UPSI DI PKG LANGGAR PADA 28.10.2011
BLOG INI ADALAH ILMU BARU YANG KUPEROLEHI DARI SUBJEK TMK UPSI
Tetamuku
Harian Metro: Mutakhir
Friday, 4 November 2011
Kewujudan Allah Ta'ala
Kewujudan Allah Ta’ala
Dalil kewujudan Allah S.W.T. juga disebut makrrifatullah. Ertinya mengenal Allah dengan cara mempelajari dan mengkaji bukti atau dalil –dalil kewujudan Allah S.W.T ataupun sifat-sifat dari sumber yang diakui oleh syarak .
Mengenal Allah adalah perkara yang amat penting untuk menanamkan kepercayaan terhadap Allah. Mengukuhkan keimanan kepada Allah dan membentuk akidah yang benar .Menyelamatkan dari kepercayaan yang karut ataupun yang salah .Allah mencipta alam ,kejadian manusia ,jin,syaitan dan haiwan . Proses kejadian manusia bermula daripada pencatuman nuftah (sperma+ovum) .Membentuk alqah (segumpal darah) .menjadi mudgah (seketul daging) .Terbentuk tulang kemudian di balut tulang itu dengan daging dan sempurnakan anggotanya ditiupkan roh .
Kejadian alam
Bumi yang terbentang luas , planet yang beredar dengan teratur , matahari yang berputar pada orbitnya , siang dan malam silih berganti , bulan menentukan taqwim .
Manusia dikurniakan akal fikiran untuk berfikir di antara yang baik dengan yang buruk .
Orang yang pertama diciptakan oleh Allah S.W.T adalah Nabi Allah Adam a.s. sebelum Nabi Allah Adam a.s diturunkan ke dunia , baginda ditempatkan di syurga .Kejadian hawa pula diambil dari tulang rusuk Nabi Allah a.s. Mereka ditempatkan didalam syurga .Allah melarang mereka memakan buah khuldi yang berada didalam syurga . Syaitan menyamar sebagai ular untuk masuk kedalam syurga .Syaitan menipu mereka dan menyuruh mereka memakan buah khuldi .kemudian Nabi adam dan hawa diturunkan kedunia .
langit dan bumi.
8.Hembusan
angin.
6.Binatang yang
Dalil yang melata diatas bumi
Menunjukkan Allah itu wujud ada lapan
1.Kejadian 5.Turun hujan
langit. Dari langit
2.Kejadian 4.kejadian siang
bumi. 3.Keadaan dan malam.
sampan dilaut
IMAN KEPADA ALLAH
Kita wajib beriman kepada Allah ,iaitu meyakini keesaanNya. Tiada tuhan selain Allah yang hidup dengan sesungguhnya tidak ada tuhan selain Allah yang hidup dengan tidak berpermulaan dan tidak ada satu pun yang menyerupai Nya .
Jadi Allah swt. itu bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan kemuliaan .Allah swt mustahil bersifat kekurangan , lemah dan segala sifat yang hina ,tidak ada yang dapat mematikan dan menghidupkan serta tidak ada suatu pun yang dapat memberi bekas kecuali dengan kehendakNya.
Allah swt jugalah yang mengatur menjadikan dan memelihara segala suatu yang ada di dalam ini , baik makhluk yangn bernyawa seperti manusia , haiwan mahupun yang tidak bernyawa seperti bulan , bintang dan matahari .
Nama Allah itu adalah nama yang diberikan oleh syariat tentang bagaimana bentuk dan kehendak Allah itu tidak dapat difikirkan .
Firman Allah dalam surah AL-IKHLASH ayat 1-4 yang bermaksud:
Katakanlah:`Dialah Allah,yang maha esa,Allah adalah tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula peranakkan,dan tiada seorang pun yang setara dengan –Nya.
DALIL NAQLI SIFAT-SIFAT ALLAH YANG WAJIB.
Berikut adalah dalil-dalil naqli iaitu berdasarkan sumber Al Quran yang menerangkan sifat- sifat yang wajib bagi Allah swt .
1.wujud;
“Allah yang menjadikan langit dan bumi dan segala yang ada diantara keduanya” ( As Sajadah : 4)
2. Qidam
“Dialah (Allah) yang awal dan yangn akhir yang Zahir dan yang batin , dan Dialah Maha mengetahui segala sesuatu “.( Al Hadid :3)
3. Baqa’
“Semua yang ada di bumi ini akan binasa . Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan”.( Ar Rahman : 26-27)
4. Mukhalafatuhu Lil Hawadith
“Tidak ada sesuatu yang serupa dengan Dia ,dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi maha Melihat”Asy-Syuura : 11)
5. Qiamuhu Binafsihi;
“Sesungguhnya Allahbenar-benar Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu )
dari seluruh sekelian alam”.( Al- Ankabut : 6)
6. Wahdaniah ;
“Katakan Allah itu Esa”(Al Ikhlas :1)
7.Qudrat;
“Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu”
( Fathir : 1)
8.Iradah;
“Sesungguhnya kudratNya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya ;”jadilah!”maka jadilah ia ”(Yasin; 82)
9.Ilmu
“Allah Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata”
( As Syuura ; 12 )
10.Hayat ;
“Dan serahkan Dirimu kepada Allah yang Maha Hidup yang tidak mati”( Al Furqan : 58)
11. Sama’:
“Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.( Al Baqarah : 127 )
12. Bashar;
“Dan Allah Maha Melihat dengan segala perbuatan kamu”.
(Al Hujurat ;18)
13. Kalam
“Dan Allah berkata – kata pada Nabi Musa dengan sempurna kata .”
(An Nisa’ ;164 )
Begitulah dalil – dalil yang dapat kami kemukakan guru-guru dan rakan –rakan berdasarkan rujukan kami daripada buku-buku serta pertanyaan yang kami kemukakan kepada orang yang arif mengenainya.
Rujukan kami :
1) Al Quranul Karim
2) Mengenal Allah dan Sifat sifat Nya ;
Oleh Drs Agus Salim Lubis
3) Kitab Tauhid ; Jilid 3 ; Dr Abdul Majid Aziz Al Zindani
4) Kitab Risalah Tauhid ; Abdul Ghani bin Yahya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment